Musim hujan ni memang banyak la kain-kain yang tak kering. Tak basuh nanti bertimbun-timbun pulak. Asal sidai kat luar tak dan nak kering, hujan pulak. Zaman sekarang ni semua dah mudah. Dah senang kalau ada yang mudah, memang nak mudah terus. Kalau boleh basuh-kering-lipat. Aku amik susun masuk dalam almari jek! wahahaha..mudah sangat tu. Nasib ada dobi layan diri. Biasanya aku basuh kain kat rumah, then pegi dobi keringkan aje. Tak payah nak berumah tangga kat situ lah. Pi kering dalam 30minit gitu, dah siap. Aku memang tak suka nak menunggu. Biasa nya kalau nak kluar beli barang-barang dapur, so, amik peluang la pi keringkan kain. Balik dari beli barang dapur, singgah dobi amik kain yang dah kering tadi. Senang! Balik rumah terus lipat.
Mak kata, orang dulu-dulu tak de benda tu semua. Nak basuh kain pi sungai/parit..laut! oooh tu tipu! Gila basuh kain kat tepi laut..ade ke! Tak pun kat tepi perigi. Angkut air sikit-sikit masuk dalam tempayan. Lepas tu basuh, berus, bilas pakai tangan. Nak dibandingkan dengan zaman sekarang, baru berus sikit dah lenguh tangan. Nasib berus gigi rajin! Kalau itu pun malas, huh! tak tau lah.
Bila sampai musim hujan, kain lembap. Nak keringkan pi iron. Iron pulak bukan pakai letrik tu. Ni ha, pakai bara api. Silap teknik, hitam la baju ko! sebab kena arang. Basuh kasut sekolah, kalau tak kering buat apa? pi sorok belakang peti ais sebab nak bagi kering. Esok nak pi sekolah kasut hilang tikus amik. Korang rasa tak zaman tu. Tak kan. Kasut basah, baju basah, terus bawak pi kering kat dobi selfish tu ha. Tak payah beriya nak iron, sorok belakang peti ais. Semuanya mudah, cepat dan sepantas kilat!
Anak-anak zaman sekarang memang tak rasa susah. Hantar info guna whatsapp kot. Cari nota tanya pakcik google. Zaman aku whatsapp memang tak ada. Tapi komputer yang besar dabak tu ada dah. Memang ayah belikan satu sebab senang nak cari info. So, budak-budak sekarang memang tak tahu pun erti susah tu apa. Sebab segala-galanya mudah. Nasik masak dalam rice cooker. Air guna heater. Iron siap ada steam iron lagi. Henpon Iphone, tak pandang yang jenis baling anjing mampus! Tak da standard konon! Beli barang, shopping pn online je trus sampai depan pintu rumah. Cukup mudah!
Tu lah segalanya di hujung jari. Silap guna, merana diri!
11/10/2017
Bagai Irama Dan Lagu
Sebenarnya, susah jugak la nak tau apa lagu yang aku suka. Sebab banyak sangat. Aku rasa mana yang sedap didengar, itu lah yang aku suka. Nak ada yang spesifik nya, memang tak ada.
Random song je lah eh! nak senarai satu-satu memang banyak sangat kot! Kalau baca tajuk, tau tau lagu nya macam mana, maka silalah rujuk dengan Makcik Youtubelina..hehe
1) Kau Yang Bernama Seri by Handy Black
First time pi karaoke dengan kekasih hati a.k.a sekarang dah jadi suami pun. Tiap kali pi karaoke lagu ni memang tak pernah tinggal. auwwwww! so sweet kan!
2) Gurauan Berkasih by Achik Spin ft Nana
Lagu duet wajib nyanyi bila berkaraoke. Oh! Aku memang suka nyanyi tapi Siti Nurhaliza tetap no satu dalam Malaysia la...aku nyanyi setakat suka-suka jek.
3) Semua lagu yang Siti Nurhaliza nyanyi semua aku suka.
Memang all time favourito! favourito! Dari die start nyanyi sampai sekarang masih lagi minat. Cantik sangat!
4) The Way You Went Away by M2M
Ni lagu ni sangat-sangat lama. Zaman study kat Melaka dulu, memang suka sangat melalak lahu ni..bosan orang sebelah menanat telinga dengar lagu sama. Semut-semut lari tak jadik nak makan gula..hahaha
5) Baldu Biru by Ella ft Awie
aish! kalau ikutkan banyak lagi. Tapi kang jemu pulak nak baca satu-satu kan!

10/10/2017
KARYA SENI : MINAH CENGEY HATI TISU
Kalau dia tak ada suatu hari nanti, meracau agaknya aku!
Penulis : Aifa Batrisya (557 ms - 74 Bab)
Rate : 9/10
Hero : Dayyan Hawari a.k.a Hawari (kawan Hani)
Heroin : Naurah Tihani a.k.a Hani 
Lain-lain :
1) Adam Yusof a.k.a Boy
2) Dr. Zulaikha a.k.a Lekha
Hani ni garang orang nya. Anti dengan kaum sendiri sebab pernah dikhianati. Baginya bila dianggap lelaki itu sebagai BFF, maka selama nya akan menjadi BFF. Pada hakikatnya amat payah bila lelaki dan perempuan menjadi sahabat tanpa sebarang perasaan. Cengey! Kuat sentap! dan sukar tidur malam. Rupa-rupa nya itu adalah simptom kepada satu penyakit. Ia berkait rapat dengan hormon keperempuanan. Kerana khuatir dengan masalah kesihatannya, dia pergi berjumpa dengan doktor. Doktor mengesahkan dia mengalami kegagalan ovari pramatang. It's mean boleh jadi menopause awal. Ohh..my god! Disebabkan masalah tersebut, emosi nya seringkali terganggu. Cepat marah, naik angin, kuat sentap. Penyelesaiannya adalah kahwin! 
Dr.Zulaikha, pakar O&G di sebuah hospital. Dialah yang merawat Hani. Entah kenapa kadang-kadang Hani rasa setiap rawatan dan penerangan doktor Lekha langsung tak masuk akal. No manners! Meminati Dr.Adam tapi langsung tak dilayan. Syok sendiri!
Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Suatu hari, family Hani nak jodohkan dengan anak kawan dorang. Dr.Adam a.k.a Boy. Hani langsung tak tau siapa calonnya. Hani seorang anak yang mendengar kata. Setuju dengan pilihan Umi dan Walid. Hawari frust dan dalam masa yang sama dia juga menerima siapa saja pilihan keluarganya. Dalam pada itu kerisauan Hani dengan keadaan kesihatannya, kembali menghantui dirinya. Risau jika tak dikurniakan zuriat.
Dr.Adam setulus hati untuk membantu Hani. Untuk mengesahkan kebenaran kata-kata Dr.Lekha itu, Adam memperkenalkan Hani dengan kawannya, Dr.Khamsiah juga seorang pakar dalam bidang sakit puan. Setelah beberapa ujian dilalui, doktor sahkan Hani menghadapi masalah Premature Ovarian Aging dimana seseorang yang mengalami gejala tersebut akan mengalami menopause awal. Dan paling melegakan Hani doktor sahkan dia masih berpeluang untuk hamil.
Tanpa disangka, langsung tak amik kisah siapa pilihan Umi dan Walid. Sehingga tiba hari pernikahan. Terkejut! Terkedu! Tak sangka Dr.Adam adalah suami nya. Lega bila Hani dapat terima Adam. Tanpa disedari ada orang yang mencemburui mereka.
Indah nya percintaan yang dibina selapas berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Percintaan mereka diganggu oleh Lekha dan Hawari. Berjaya ditepis.
Agak-agak, Naurah Tihani mengandung tak? Apa jadi eh dengan Hawari dan Lekha?
PENULISAN2U : MISS CLEANER UNDERCOVER
Cinta dalam setiap nadi dan nafas
Penulis : Fateen Najwa (660 ms - 60 Bab)
Rate : 8/10
Kisah penyiasatan anggota polis
" Kerja! Jangan asyik tengok orang keliling! "
Hero : Hayden Danial (anak Tan Sri)
Heroin : Khaira Wilda (anggota polis dari KL)
Lain-lain :
1) Tan Sri Anwar Karim El-Zahri (CEO Sy.Bina Bumi Sarawak Bhd.)
2) Abang Buncit (Ketua Cleaner)
3) Razif ( rakan setugas Khaira Wilda)
4) Puan Sri Zainun (isteri Tan Sri)
5) Nelly (PA Hyden)
6) Hakimi (PA Tan Sri)
7) Tia Amanda (Adik Hayden)
8) Lubis (Akuantan Syarikat Bina Bumi Sarawak)
Khaira Wilda seorang anggota polis. Ditugaskan untuk meyamar sebagai 'cleaner' di sebuah syarikat di Sarawak. Menyamar dan memerhati setiap gerak geri ahli serta staff yang berkhidmat dengan syarikat tersebut.
Hayden Daniel terpikat dengan Khaira Wilda. Langsung tak mengesyaki yang Wilda adalah seorang anggota polis. Pabila keadaan menjadi semakin teruk dan huru-hara, Khaira Wilda ditugaskan untuk menjaga keselamatan keluarga Tan Sri Anwar Karim El-Zahri dari serangan pengganas. 
Lubis seorang akauntan syarikat. Sangat mencurigakan. Lari bersama duit syarikat. Merancang penculikan Puan Sri Zainun kerana nak menjatuhkan Tan Sri. 
Nelly merupakan PA kepada Hayden Daniel. Dalam masa yang sama punya hati dengan Hayden. Berkawan dengan Khaira Wilda. Mengkhianati sahabat kerana cemburu. 
Nak tahu apa yang berlaku kepada mereka semua, kisah syarikat dan penculikan isteri Tan Sri dan juga kesudahan antara Hayden Daniel, Hakimi dan Khaira Wilda..hmm..apa lagi dapatkan novel tersebut sebagai salah satu koleksi korang.
KAKI NOVEL : SAYANGKU MR. BUSYBODY
Apabila kebencian menjadi punca kemusnahan...
cinta dan kepercayaan hadir memberikan harapan.
Penulis : Hee-da (597 ms - 65 Bab)
Rate : 9/10
Hero : Danial , Heroin : Hanis
Kisah konflik antara dua keluarga.
Keluarga Datuk Izhar :
1) Isteri - Datin Rina
2) Anak - Iqram & Danial
Keluarga Datuk Hisham :
1) Isteri pertama - Halimah a.k.a Imah
2) Isteri Kedua - Datin Sofiah a.k.a Fia
3) Anak : Hanis & Nurin
Lain-lain : Kak Liza, Mama Mona, Shahrul, Erika, Tuan Badri
Halimah isteri first Datuk Hisham. Hasil perkahwinan dorang maka lahirlah Hanis. Halimah merahsiakan siapa bapa Hanis yang sebenar atas sebab-sebab tertentu. Perkahwinan mereka tak direstui oleh mak Hisham, Puan Salmah. Hisham dipaksa berkahwin dengan Datin Sofiah, pilihan mak nya. Halimah rela menjadi orang gaji di rumah madunya asalkan hidup Hanis terbela. Siapa pun tak tahu Halimah adalah isteri Datuk Hisham kecuali Hisham dan mak mertuanya. Sampai satu masa, Datuk Hisham ke luar negara, accident dan koma. 
Datin Rina mahu anaknya, Iqram berkahwin dengan Nurin disebabkan harta. Dalam masa yang sama Nurin membantah. Lalu Nurin dan Datin Sofiah merancang sesuatu. Dipaksa Hanis berkahwin dengan Iqram. Atas sebab termakan budi, Hanis rela berkahwin dengan Iqram. Disebabkan Hanis tak tahu siapa bapanya, Datin Sofiah mengupah 'sindiket nikah palsu'. Tiba hari pernikahan, terkejut bila bukan Nurin yang jadi isteri Iqram. Datin Sofiah berpura-pura terkejut Nurin menghilangkan diri. 
Maka, bermula lah episod kesengsaraan dalam hidup Hanis. Diseksa, dipukul, dicerca, dihina, tiada siapa yang peduli melainkan Datuk Izhar dan orang gaji datuk. Malah mak Hanis sendiri tak tahu menahu tentang kehidupannya. Datu Izhar merasa bersalah kerana Datuk Hisham adalah kawan baik nya. Bersalah kerana Hanis adalah amanah Datuk Hisham. Datuk Hisham, sedar dari koma. Datuk Izhar bercadang keluar negara untuk menjemput Datuk Hisham dan sekaligus untuk bercerita apa yang telah terjadi. 
Sepanjang ketiadaan Datuk Izhar, Datin Sofiah dan Iqram merancang untuk melenyapkan Hanis dari kehidupan mereka. Datin Sofiah berhubung dengan Mama Mona, ibu ayam sebuah kelab pelacuran. Hanis dihantar ke situ oleh Iqram. Sedaya upaya Hanis berusaha untuk melarikan diri. Datang nya seorang pelanggan membawa malapetaka buat Hanis. Mereka bergelut sesama sendiri sehingga Hanis cedera ditikam dengan serpihan botol kaca. Sekuat hati gagahkan diri melarikan diri dalam kesakitan sehingga bertemu dengan Danial. Danial yang membawa Hanis ke hospital untuk dirawat. Hanis semakin pulih. Sekembalinya Datuk Hisham ke Malaysia, terkejut dengan kejadian yang menimpa Hanis. Datuk meminta bantuan kawannya untuk mencari Hanis. 
Setelah bertemu dengan Hanis, Hanis semakin pulih. Hanis meneruskan perjalanan hidup seperti biasa. Sehingga terjadi nya kisah yang menyayat hati. Mak Hanis mati angkara Datin Sofiah. Terbongkarlah segala rahsia mengenai isteri pertama datuk dan anaknya, Hanis. Maka timbul kegelisahan di hati Nurin kerana berkemungkinan besar harta akan jatuh ke tangan Hanis. Dalam masa yang sama, Danial jatuh cinta dengan sikap dan peribadi Hanis. Berbagai-bagai dugaan dan kepayahan yang dilalui Hanis. 
Setelah semuanya selesai, Hanis berjaya mengharung segala sengsara dalam perjalanan kehidupannya, maka Hanis dan Danial disatukan dengan ikatan yang sah. 
Nak tahu apa yang terjadi pada Datin Sofiah , Nurin, Datin Rina dan Iqram..hmm..maka silalah dapatkan novel tersebut ye! 
09/10/2017
KARYA SENI : HALALKAN HATI YANG KU CURI
JAGAKU BAIK-BAIK , BARU KUHALAL HATI INI.
Penulis : Mia Kiff (772 ms - 93 Bab)
Rate : 9/10
Hero : Faiq , Heroin : Delisha
Tak berat sangat jalan cerita nya . Santai je . 
Faiq dan Delisha ni dua-dua anak orang kaya. Biasalah bila kaya, tak sah kalau tak habiskan duit. Dua-dua lulusan universiti luar negara amik course fashion. Memang keje dorang enjoy habiskan duit family. Langsung tak nak usaha bantu family uruskan bisnes. Bercinta tapi tak direstui oleh nenek Delisha. Parents Delisha ada bisnes tapi bergantung dengan nenek Delisha. Bisnes batik. Parents Faiq pulak uruskan kilang proses dan membentuk emas.
Nenek Delisha kalau boleh nak jodohkan dengan Ustaz yang mengajar neneknya ilmu agama. Tapi Delisha ni degil masih juga memilih Faiq. Suatu hari Faiq nyatakan hasrat nak kawin dengan Delisha. Nak tak nak nenek Delisha kena setuju dari dorang terus enjoy tak tentu hala. Lepas kawin masing-masing disuruh bekerja dengan family masing-masing. Tapi tak sampai beberapa hari dua-dua memberontak. Nenek Delisha mengamuk kerana dorang dah mengeluarkan belanja sehingga berjuta ringgit untuk meraikan wedding dorang. Wedding of the year kot! Sampai simpanan nenek Delisha makin berkurang. Syarikat family Faiq dan Delisha dilanda masalah. Tapi dua-dua tak amik kisah. Lari pergi bercuti. Senyap tanpa khabar berita. Setiap belanja menggunakan kad kredit langsung tak pikir soal hutang yang ada. Selepas sebulan dorang menghilangkan diri, dorang kembali ke pangkuan family.
Terkejut rumah banglo yg mereka duduki beralih tuan. Begitu juga Faiq. Syarikat juga berpindah milik. Bukan lagi milik family Faiq dan Delisha. Buntu. Menyesal. Maka bermulalah episod mereka hidup merempat. Tidor bersama gelandangan yang pernah mereka hina semasa mereka berduit. Berkenalan dengan Abang Ali merubah perangai Delisha. Dari seorang yang berlagak sombong, berubah kepada seorang yang benar-benar tulus hati nya. Susah macam mana pun mereka, tetap setia antara satu sama lain. Semua kerja dorang buat dari kutip kotak, cuci toilet. Sehingga satu hari berjumpa dengan seorang pak imam, dan pak imam ni lah yang bantu dorang dari tidor beratapkan langit. Kini mereka berjaya menyewa sebuah rumah. 
Faiq bekerja sebagai guard. Delisha cashier di sebuah pasar raya. Lama-kelamaan hidup mereka berubah sedikit demi sedikit. Faiq menjadi seorang sekuriti seorang datin yang punya bisnes pakaian di seluruh Malaysia. Faiq telah memberikan idea yang bernas kepada datin bagaimana untuk tingkatkan pasaran dan kukuhkan lagi bisnes. Datin tertarik dan menawarkan jawatan kepada Faiq. Delisha juga diterima bekerja di situ sebagai seorang designer sehingga dia menjadi seorang yang terkenal. Sungguh tak disangka rupa-rupanya di sebalik kejayaan mereka, nenek Delisha yang punya rancangan. Nenek berbangga dengan cucu-cucunya terbukti mereka boleh berjaya.
Akhirnya, family mereka bersatu kembali. 
" Abang tak mahu janjikan sayangbulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan...." - FAIQ -
" Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya...Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orang nya..." - Delisha -
KARYA SENI : MR.GREY
Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan!
Penulis : Syamnuriezmil (941 ms - 118 Bab)
Rate : 10/10
Hero : Malique Gregory Kamal Bin Grey Muslim (Mr. Grey) . 
Heroin : Nisa Ardina Bt Nizar (Nisa)
Sebab panggil Mr.Grey of course la singkatan nama. Nama glamour kot + memang suka dengan pakaian yang berwarna kelabu. 
Nisa anak orang biasa yang tak punya apa-apa. Datang ke KL sebab nak sambung study + carik keje. Then dapat keje dengan sebuah company telecommunication, big company. Famous company. Masa ni lah bermula kisah Nisa & Mr.Grey. Mr.Grey serious sangat. Tak sombong. Berbeza dengan adik tiri dia Mr.Red, sombong dan berlagak budget kaya raya. Mr.Grey study perubatan tetapi dipaksa oleh Tok Grey. Nisa ni kira boleh kata macam penyelamat syarikat la. Sikit-sikit rahsia dalam syarikat terbongkar. Suka menyiasat tanpa berfikir sama ada benda tu risiko ataupun tak membuatkan Mr.Red berdendam. Macam-macam Mr.Red plan semua tak menjadi. 
Mr.Red adalah anak tak sah taraf kepada arwah anak Tok Grey. Anak Tok Grey pernah rogol setiausaha sendiri. Mr.Red ni sedaya upaya nak rebut title CEO dari Mr.Grey walapun dia tahu dia memang tak layak nak dapat title tu. Dia bukan waris yang sah pun. 
Mr.Grey dapat jadi CEO. Mr.Red bengang. Mulalah macam-macam konflik. Mr.Red plan macam nak jatuhkan Mr.Grey. Sampai satu hari Mr.Grey kene tangkap khalwat dengan Nisa. Nisa memang penakut dengan kegelapan. Rumah gelap then mintak tolong Mr.Grey pasang lampu. Time tu lah datang orang-orangt pejabat agama tapi selamat sebab housemate Nisa ada dalam rumah. Masa ni lah, terbongkar cerita Mr.Grey nak kawin dengan Nisa. Tok n Mummy Grey tak restu. Mr.Grey letak jawatan CEO then berhijrah ke Kedah dan bukak klinik kat Kedah. Mr.Grey kawin tanpa restu Tok dan Mummy Grey. Hura-hara jadi nya. Company jadi kacau bilau bila Mr.Red jadi CEO. Orang-orang lama yang berpengalaman ada yang kene buang, ada yang kene turun pangkat. Syarikat hampir-hampir nak bankrap.
Time tu lah, Mummy Grey datang pujuk Mr.Grey. Mummy Grey pura-pura berbaiuk dengan Nisa. Konon-konon restu lah. Sekali bila Mr.Grey balik KL terus tak balik-balik ke Kedah. Nasib Nisa ni ramai yang backup. Mr.Grey bijak. Dalam diam die plan macam-macam sehingga akhirnya dia dapat jugak selamatkan syarikat dari bankrap. Time tu terbongkar lah rahsia Mr.Red dan Tok Grey gelapkan duit syarikat. Pecah amanah. Biasalah bila mata hati digelapkan dengan kekayaan. Sanggup buat apa saja.
Nisa bahagia dengan Mr.Grey walaupun macam-macam dugaan dorang tempuh.
P/s : Nak tahu complete story, apa lagi..pi la kedai buku. Confirm puas hati. Kelakar jugak cite ni. Ayat dia bukan ayat skema ok! 
08/10/2017
Anak Ayam Kehilangan Ibu
" When my boss asked me, who is the stupid one, me or him ? "
" I told him everyone knows he doesn't hire stupid people. "
Ada ke orang yg tak berangan nak jadi bos, ketua, @ pemimpin . Mesti ada kan! Tapi untuk berlaku adil tu memang payah . Tak semua bos berlaku adil . Kadang-kadang dia rasa dia dah adil tapi sebenarnya tak. Pernah tak tengok satu video kat Facebook . Video tu tak de subtitle tau, tapi dari cara die create video nak suruh kita tengok dan faham apa jalan cerita dan pengajaran yang nak disampaikan . Aku sendiri tak ingat video tu dari mana, kalau tak silap versi Jepun kot . hihihi . Lupa pulak!
Firstly, dalam tu die nak cerita, bila bos bagi arahan, semua staff kene patuh dengan arahan tersebut . Kena ikut! Baru lah kita dapat title staff yang berdedikasi, komited dan amanah . Ye, memang lumrah nya staff kene ikut bos tapi tak bermakna bila bos buat sesuatu yang melanggar etika kerja, staff kene follow kan..? No and never . Apa guna nya kuasa teguran dan nasihat . Kalau bos terjun lombong, tak bermakna anak buah pun kene terjun juga . Jangan jadik giler ok! Cukup lah bos hang sorang ja yang bodoh! ;)
Bila bos buat silap, anak buah kene tanggung . Sangat-sangat tak patut . Apa guna bekerja dalam satu team tapi tak boleh bagi kerjasama kan? Bila bos ada masalah , discuss and solve it .
Ni aku nak cerita la pasal sorang kawan aku, konon nak cari income lebih . Sambil keje buat bisnes online . Join dropship . Bukan aku nak kata semua ketua dropship tu tak baguih . Cuma nye nak bagi tau sikit la . Ketua jangan ingat anak-anak buah awak ni start-start bisnes dah famous . Hari ni iklan dalam sosial media, sat lagi berduyun-duyun suruh pm mintak harga, tanya stok . Sepatutnya bila awak buat group dropship , awak bukan setakat jual barang je . Dalam masa yang sama, awak kena share ilmu macam mana nak upkan sales . Macam mana nak buat marketing . Bukan bila ada anak buah yang tak report sales bulanan, awak remove dia dari group . Sepatutnya awak sebagai ketua, amik tahu apa masalah anak buah . Awak kata awak tak nak dengar anak buah awak bagi alasan busy dengan macam-macam hal . So, jangan kata awak busy sampai awak takdak masa nak amik tahu masalah anak buah awak . Bila duduk dalam satu team, sepatutnya kene ada give and take . Bukan terus menerus 100% salahkan anak buah sebab main-main . Not serious . Banyak alasan . Jadi ketua ni besar tanggungjawab nya . Kadang-kadang ketua kena muhasabah diri . Pikir jugak, bagaimana jika awak berada di tempat anak buah awak . Mungkin ada sesetengah tu bermula dari bawah, so rasanya spesies ni akan paham anak buah macam mana . Masalah berlaku bila ketua memang start terus ada bisnes family ke, tak pun family bagi modal . Spesies ni mungkin tak tahu bagaimana susahnya bermula dari zero . Aku tak kata semua gitu . Tapi segelintir ada yang berperangai begitu . Change your mind , jangan lokek untuk share apa sahaja ilmu yang ada . Tak rugi pun .
Be a Leader, Not a Boss !

So, apa-apa pun . Bila kita nak orang respect kita, maka kita jugak harus respect orang . Bantu membantu,  saling tegur menegur . Kongsi apa yang patut . Nak jadik bos yang awesomes tak boleh memilih , Tak boleh berat sebelah! Layanlah anak buah macam kawan-kawan tapi anak buah jangan sampai pijak kepala pulak . Boleh menjadi pendengar yang baik , tak kedekut , kelakar kena pada masa lah . Jangan strict sangat nanti ramai pulak yang menyampah . 
Last sebelum aku stop mebebel,
Jaga lah hubungan dengan Allah . Apa-apa pun rezeki itu datang nya dari dia . Betulkan niat kerana Allah . Ingat, setiap orang dah ditentukan dengan rezeki masing-masing . 
" People do not leave bad companies, but they leave bad bosses "
Semoga bermanfaat!
Subscribe to:
Comments (Atom)