02/02/2018

SIMCARD FREE

💗 Assalamualaikum 💗

2,3 hari duk viral dekat fesbuk pasal TM bagi simcard free. Mula tu macam tak layan sangat la. Tapi bila duk tengok ramai pulak duk review kata okey sangat.

hmm..since, memang pun sebelum ni dah terpikir nak guna 2 nombor..ingat nak seperate personal & bisnes. Serabut sangat. Dah bercampur2, kadang tu sampai silap hantor mesej pulak. Bila dah TM offer simcard free dengan 20GB data, selama 3 bulan tau!  hmm tunggu apa lagi. Kita gunakan la kesempatan yang ada.


Firstly, korang kena download Unifi Mobile apps!


Dah dowload apps yang macam kat dalam circle kuning tu, jom follow step by step 👇



A. Klik " I want to get a sim! ". Tanda ✓ macam dalam kotak "B". Lepas tu klik " I want to start now! "


Isi la details korang macam biasa ye. Pastikan nama penuh mcm dalam mykad korang tau! Klik " Next " isi email korang utk verify. Klik " Verify my email " . 



Bila dah verify, korang akan terima emel. Then klik dekat link tu ye. Isi details address. Klik " Next ". Nanti korang akan dapat tengok ada 5 circle 1-5. So korang boleh request 5 simcard sekaligus atas nama korang. Nak amik 1 simcard pun boleh. Terpulang! Free kan....Then klik " Next "



Korang boleh pilih nak guna no yang korang pakai sekarang @pun boleh pilih no baru. Aku plan nak pakai no kedua, so aku pilih la satu no baru. Nanti korang klik yang ada gambar sim tu " Sim #1 " lepas klik " Confirm my selection " . Keluarlah beberapa pilihan no baru yang korang boleh pilih sendiri. Dah pilih klik " Next ". 


Then, dia akan show no baru korang. Klik " Confirm my selection " . Cara nak amik pulak, ada 2 cara tau. Self-pick up @ delivery. If self-pickup korang pegi amik dekat TM point yang berdekatan dengan tempat korang stay. If korang delivery, korang akan kene cas postage sebanyak RM10.60. Hmm..kata nak FREE kan, rajin2kan la diri untuk self-pick up aje! 

Dekat ruang self-pick up ni nanti akan ada keluar pilihan negeri. Macam aku tinggal kat " Perak " then klik " Confirm " and " Submit My Order " 



Korang pilih la mana yang dekat dengan rumah korang. Then klik " Submit order ". Review balik details semua. Cek betul tak semua info yang korang bagi. Bila dah confident semua betul klik " Confirm ". 


Die review sim details and tempat untuk self-pick up. Untuk ruangan agent & total ignore je. Tak payah isi pape. Klik " Confirm ". 

And, DONE! Dalam beberapa saat korang akan terima mesej. Bagi no order korang. Nanti masa korang self-pick up dekat tm point, kene isi borang. Dalam borang tu korang isi la no order yang korang terima dari mesej tu. 
Tunggu apa lagi. Pi la collect sim.
Tadaaaaaaaa !


Dah collect. Gini lah rupanya. Sama je macam simcard2 mobile yang korang pakai tu. Masuk kan dalam henpon masing2 ye. Nanti akan dapat mesej. 👇


So, setting la apa yang patut. 

Get ready to enjoy 20GB data for free. Kalau korang amik 5 simcard bermakna ada 100GB data FREE...senyummm! 😛 Yang tak amik lagi tu. Tunggu apa lagi? Cepat-cepat la download apps. Sapa nak bagi barang FREE wehhhh!

31/01/2018

KARYA SENI : PELANGI UNTUK ARA


Di sebalik petir dan kilat, pasti ada pelangi yang menanti...



Penulis : Azura Rasiddin (718 ms - 58 bab)
Rate : 8/10

Hero : Eiyad
Heroin : Ara

Kisah seorang Ara, yang pada mulanya hanya tahu memberontak kerana kurangnya perhatian ibu bapa. Papa Ara entah ke mana hilang nya. Mama Ara hanya sibuk dengan urusan kerja sehingga Ara rasa di sisih oleh keluarga sendiri. 

Kepulangan Eiyad, abang angkat Ara. Anak angkat kepada mama Ara. Di asuh dari kecil kerana ibu bapa Eiyad telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Ara dengan masalahnya. Begitu juga Eiyad dengan kisah silamnya dan sering meyalahkan dirinya di atas kejadian yang menimpa ke atas dirinya. Hubungan Ara dengan Eiyad tak pernah aman. Seperti anjing dengan kucing. Seringkali bertekak, bermasam muka. Adakalanya dilihat kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Adakalanya kelihatan seperti musuh. Ada saja yang tak kene di mata Eiyad.

Eiyad yang sngat over protective. Digelar "control freak" oleh Ara kerana segala perbuatannya dicontrol. Segala perlakuannya diperhati kan. Lama-kelamaan Ara mula merasakan perasaan yang lain tentang Eiyad. Dia mula rasa suka dan sayang pada Eiyad. Tapi keadaan dan perhubungan adik beradik yang terjalin menghalangnya dari terus menyimpan perasaan cinta terhadap Eiyad. Ara mula menjauhkan diri dari Eiyad, sementelah Eiyad mengenalkan tunangannya kepada Ara. Ara sangat-sangat kecewa. Sehingga tiba majlis perkahwinan Eiyad, Ara membawa diri ke Jepun. Keberadaan Ara di Jepun, macam-macam yang berlaku kepada Eiyad. Peristiwa yang membuatkan Eiyad patah hati dan kecewa. 

Ara pulang ke pangkuan mama dan Eiyad. Cuba mengubat lara hati Eiyad. Adakah cinta Ara kepada Eiyad berputik kembali? Apakah kesudahannya? Siapakah Ara di hati Eiyad?