31/01/2018

KARYA SENI : PELANGI UNTUK ARA


Di sebalik petir dan kilat, pasti ada pelangi yang menanti...



Penulis : Azura Rasiddin (718 ms - 58 bab)
Rate : 8/10

Hero : Eiyad
Heroin : Ara

Kisah seorang Ara, yang pada mulanya hanya tahu memberontak kerana kurangnya perhatian ibu bapa. Papa Ara entah ke mana hilang nya. Mama Ara hanya sibuk dengan urusan kerja sehingga Ara rasa di sisih oleh keluarga sendiri. 

Kepulangan Eiyad, abang angkat Ara. Anak angkat kepada mama Ara. Di asuh dari kecil kerana ibu bapa Eiyad telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Ara dengan masalahnya. Begitu juga Eiyad dengan kisah silamnya dan sering meyalahkan dirinya di atas kejadian yang menimpa ke atas dirinya. Hubungan Ara dengan Eiyad tak pernah aman. Seperti anjing dengan kucing. Seringkali bertekak, bermasam muka. Adakalanya dilihat kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Adakalanya kelihatan seperti musuh. Ada saja yang tak kene di mata Eiyad.

Eiyad yang sngat over protective. Digelar "control freak" oleh Ara kerana segala perbuatannya dicontrol. Segala perlakuannya diperhati kan. Lama-kelamaan Ara mula merasakan perasaan yang lain tentang Eiyad. Dia mula rasa suka dan sayang pada Eiyad. Tapi keadaan dan perhubungan adik beradik yang terjalin menghalangnya dari terus menyimpan perasaan cinta terhadap Eiyad. Ara mula menjauhkan diri dari Eiyad, sementelah Eiyad mengenalkan tunangannya kepada Ara. Ara sangat-sangat kecewa. Sehingga tiba majlis perkahwinan Eiyad, Ara membawa diri ke Jepun. Keberadaan Ara di Jepun, macam-macam yang berlaku kepada Eiyad. Peristiwa yang membuatkan Eiyad patah hati dan kecewa. 

Ara pulang ke pangkuan mama dan Eiyad. Cuba mengubat lara hati Eiyad. Adakah cinta Ara kepada Eiyad berputik kembali? Apakah kesudahannya? Siapakah Ara di hati Eiyad?