11/10/2017

Bagai Irama Dan Lagu

Sebenarnya, susah jugak la nak tau apa lagu yang aku suka. Sebab banyak sangat. Aku rasa mana yang sedap didengar, itu lah yang aku suka. Nak ada yang spesifik nya, memang tak ada.

Random song je lah eh! nak senarai satu-satu memang banyak sangat kot! Kalau baca tajuk, tau tau lagu nya macam mana, maka silalah rujuk dengan Makcik Youtubelina..hehe

1) Kau Yang Bernama Seri by Handy Black
First time pi karaoke dengan kekasih hati a.k.a sekarang dah jadi suami pun. Tiap kali pi karaoke lagu ni memang tak pernah tinggal. auwwwww! so sweet kan!

2) Gurauan Berkasih by Achik Spin ft Nana
Lagu duet wajib nyanyi bila berkaraoke. Oh! Aku memang suka nyanyi tapi Siti Nurhaliza tetap no satu dalam Malaysia la...aku nyanyi setakat suka-suka jek.

3) Semua lagu yang Siti Nurhaliza nyanyi semua aku suka.
Memang all time favourito! favourito! Dari die start nyanyi sampai sekarang masih lagi minat. Cantik sangat!

4) The Way You Went Away by M2M
Ni lagu ni sangat-sangat lama. Zaman study kat Melaka dulu, memang suka sangat melalak lahu ni..bosan orang sebelah menanat telinga dengar lagu sama. Semut-semut lari tak jadik nak makan gula..hahaha

5) Baldu Biru by Ella ft Awie

aish! kalau ikutkan banyak lagi. Tapi kang jemu pulak nak baca satu-satu kan!