10/10/2017

KARYA SENI : MINAH CENGEY HATI TISU

Kalau dia tak ada suatu hari nanti, meracau agaknya aku!
Penulis : Aifa Batrisya (557 ms - 74 Bab)
Rate : 9/10

Hero : Dayyan Hawari a.k.a Hawari (kawan Hani)
Heroin : Naurah Tihani a.k.a Hani 

Lain-lain :
1) Adam Yusof a.k.a Boy
2) Dr. Zulaikha a.k.a Lekha


Hani ni garang orang nya. Anti dengan kaum sendiri sebab pernah dikhianati. Baginya bila dianggap lelaki itu sebagai BFF, maka selama nya akan menjadi BFF. Pada hakikatnya amat payah bila lelaki dan perempuan menjadi sahabat tanpa sebarang perasaan. Cengey! Kuat sentap! dan sukar tidur malam. Rupa-rupa nya itu adalah simptom kepada satu penyakit. Ia berkait rapat dengan hormon keperempuanan. Kerana khuatir dengan masalah kesihatannya, dia pergi berjumpa dengan doktor. Doktor mengesahkan dia mengalami kegagalan ovari pramatang. It's mean boleh jadi menopause awal. Ohh..my god! Disebabkan masalah tersebut, emosi nya seringkali terganggu. Cepat marah, naik angin, kuat sentap. Penyelesaiannya adalah kahwin! 

Dr.Zulaikha, pakar O&G di sebuah hospital. Dialah yang merawat Hani. Entah kenapa kadang-kadang Hani rasa setiap rawatan dan penerangan doktor Lekha langsung tak masuk akal. No manners! Meminati Dr.Adam tapi langsung tak dilayan. Syok sendiri!

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Suatu hari, family Hani nak jodohkan dengan anak kawan dorang. Dr.Adam a.k.a Boy. Hani langsung tak tau siapa calonnya. Hani seorang anak yang mendengar kata. Setuju dengan pilihan Umi dan Walid. Hawari frust dan dalam masa yang sama dia juga menerima siapa saja pilihan keluarganya. Dalam pada itu kerisauan Hani dengan keadaan kesihatannya, kembali menghantui dirinya. Risau jika tak dikurniakan zuriat.

Dr.Adam setulus hati untuk membantu Hani. Untuk mengesahkan kebenaran kata-kata Dr.Lekha itu, Adam memperkenalkan Hani dengan kawannya, Dr.Khamsiah juga seorang pakar dalam bidang sakit puan. Setelah beberapa ujian dilalui, doktor sahkan Hani menghadapi masalah Premature Ovarian Aging dimana seseorang yang mengalami gejala tersebut akan mengalami menopause awal. Dan paling melegakan Hani doktor sahkan dia masih berpeluang untuk hamil.

Tanpa disangka, langsung tak amik kisah siapa pilihan Umi dan Walid. Sehingga tiba hari pernikahan. Terkejut! Terkedu! Tak sangka Dr.Adam adalah suami nya. Lega bila Hani dapat terima Adam. Tanpa disedari ada orang yang mencemburui mereka.

Indah nya percintaan yang dibina selapas berkahwin. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Percintaan mereka diganggu oleh Lekha dan Hawari. Berjaya ditepis.

Agak-agak, Naurah Tihani mengandung tak? Apa jadi eh dengan Hawari dan Lekha?