Cinta dalam setiap nadi dan nafas
Penulis : Fateen Najwa (660 ms - 60 Bab)
Rate : 8/10
Kisah penyiasatan anggota polis
" Kerja! Jangan asyik tengok orang keliling! "
Hero : Hayden Danial (anak Tan Sri)
Heroin : Khaira Wilda (anggota polis dari KL)
Lain-lain :
1) Tan Sri Anwar Karim El-Zahri (CEO Sy.Bina Bumi Sarawak Bhd.)
2) Abang Buncit (Ketua Cleaner)
3) Razif ( rakan setugas Khaira Wilda)
4) Puan Sri Zainun (isteri Tan Sri)
5) Nelly (PA Hyden)
6) Hakimi (PA Tan Sri)
7) Tia Amanda (Adik Hayden)
8) Lubis (Akuantan Syarikat Bina Bumi Sarawak)
Khaira Wilda seorang anggota polis. Ditugaskan untuk meyamar sebagai 'cleaner' di sebuah syarikat di Sarawak. Menyamar dan memerhati setiap gerak geri ahli serta staff yang berkhidmat dengan syarikat tersebut.
Hayden Daniel terpikat dengan Khaira Wilda. Langsung tak mengesyaki yang Wilda adalah seorang anggota polis. Pabila keadaan menjadi semakin teruk dan huru-hara, Khaira Wilda ditugaskan untuk menjaga keselamatan keluarga Tan Sri Anwar Karim El-Zahri dari serangan pengganas.
Lubis seorang akauntan syarikat. Sangat mencurigakan. Lari bersama duit syarikat. Merancang penculikan Puan Sri Zainun kerana nak menjatuhkan Tan Sri.
Nelly merupakan PA kepada Hayden Daniel. Dalam masa yang sama punya hati dengan Hayden. Berkawan dengan Khaira Wilda. Mengkhianati sahabat kerana cemburu.
Nak tahu apa yang berlaku kepada mereka semua, kisah syarikat dan penculikan isteri Tan Sri dan juga kesudahan antara Hayden Daniel, Hakimi dan Khaira Wilda..hmm..apa lagi dapatkan novel tersebut sebagai salah satu koleksi korang.
