10/10/2017

KAKI NOVEL : SAYANGKU MR. BUSYBODY

Apabila kebencian menjadi punca kemusnahan...
cinta dan kepercayaan hadir memberikan harapan.
Penulis : Hee-da (597 ms - 65 Bab)
Rate : 9/10

Hero : Danial , Heroin : Hanis
Kisah konflik antara dua keluarga.

Keluarga Datuk Izhar :
1) Isteri - Datin Rina
2) Anak - Iqram & Danial

Keluarga Datuk Hisham :
1) Isteri pertama - Halimah a.k.a Imah
2) Isteri Kedua - Datin Sofiah a.k.a Fia
3) Anak : Hanis & Nurin

Lain-lain : Kak Liza, Mama Mona, Shahrul, Erika, Tuan Badri

Halimah isteri first Datuk Hisham. Hasil perkahwinan dorang maka lahirlah Hanis. Halimah merahsiakan siapa bapa Hanis yang sebenar atas sebab-sebab tertentu. Perkahwinan mereka tak direstui oleh mak Hisham, Puan Salmah. Hisham dipaksa berkahwin dengan Datin Sofiah, pilihan mak nya. Halimah rela menjadi orang gaji di rumah madunya asalkan hidup Hanis terbela. Siapa pun tak tahu Halimah adalah isteri Datuk Hisham kecuali Hisham dan mak mertuanya. Sampai satu masa, Datuk Hisham ke luar negara, accident dan koma. 

Datin Rina mahu anaknya, Iqram berkahwin dengan Nurin disebabkan harta. Dalam masa yang sama Nurin membantah. Lalu Nurin dan Datin Sofiah merancang sesuatu. Dipaksa Hanis berkahwin dengan Iqram. Atas sebab termakan budi, Hanis rela berkahwin dengan Iqram. Disebabkan Hanis tak tahu siapa bapanya, Datin Sofiah mengupah 'sindiket nikah palsu'. Tiba hari pernikahan, terkejut bila bukan Nurin yang jadi isteri Iqram. Datin Sofiah berpura-pura terkejut Nurin menghilangkan diri. 

Maka, bermula lah episod kesengsaraan dalam hidup Hanis. Diseksa, dipukul, dicerca, dihina, tiada siapa yang peduli melainkan Datuk Izhar dan orang gaji datuk. Malah mak Hanis sendiri tak tahu menahu tentang kehidupannya. Datu Izhar merasa bersalah kerana Datuk Hisham adalah kawan baik nya. Bersalah kerana Hanis adalah amanah Datuk Hisham. Datuk Hisham, sedar dari koma. Datuk Izhar bercadang keluar negara untuk menjemput Datuk Hisham dan sekaligus untuk bercerita apa yang telah terjadi. 

Sepanjang ketiadaan Datuk Izhar, Datin Sofiah dan Iqram merancang untuk melenyapkan Hanis dari kehidupan mereka. Datin Sofiah berhubung dengan Mama Mona, ibu ayam sebuah kelab pelacuran. Hanis dihantar ke situ oleh Iqram. Sedaya upaya Hanis berusaha untuk melarikan diri. Datang nya seorang pelanggan membawa malapetaka buat Hanis. Mereka bergelut sesama sendiri sehingga Hanis cedera ditikam dengan serpihan botol kaca. Sekuat hati gagahkan diri melarikan diri dalam kesakitan sehingga bertemu dengan Danial. Danial yang membawa Hanis ke hospital untuk dirawat. Hanis semakin pulih. Sekembalinya Datuk Hisham ke Malaysia, terkejut dengan kejadian yang menimpa Hanis. Datuk meminta bantuan kawannya untuk mencari Hanis. 

Setelah bertemu dengan Hanis, Hanis semakin pulih. Hanis meneruskan perjalanan hidup seperti biasa. Sehingga terjadi nya kisah yang menyayat hati. Mak Hanis mati angkara Datin Sofiah. Terbongkarlah segala rahsia mengenai isteri pertama datuk dan anaknya, Hanis. Maka timbul kegelisahan di hati Nurin kerana berkemungkinan besar harta akan jatuh ke tangan Hanis. Dalam masa yang sama, Danial jatuh cinta dengan sikap dan peribadi Hanis. Berbagai-bagai dugaan dan kepayahan yang dilalui Hanis. 

Setelah semuanya selesai, Hanis berjaya mengharung segala sengsara dalam perjalanan kehidupannya, maka Hanis dan Danial disatukan dengan ikatan yang sah. 

Nak tahu apa yang terjadi pada Datin Sofiah , Nurin, Datin Rina dan Iqram..hmm..maka silalah dapatkan novel tersebut ye!