JAGAKU BAIK-BAIK , BARU KUHALAL HATI INI.
Penulis : Mia Kiff (772 ms - 93 Bab)
Rate : 9/10
Hero : Faiq , Heroin : Delisha
Tak berat sangat jalan cerita nya . Santai je . 
Faiq dan Delisha ni dua-dua anak orang kaya. Biasalah bila kaya, tak sah kalau tak habiskan duit. Dua-dua lulusan universiti luar negara amik course fashion. Memang keje dorang enjoy habiskan duit family. Langsung tak nak usaha bantu family uruskan bisnes. Bercinta tapi tak direstui oleh nenek Delisha. Parents Delisha ada bisnes tapi bergantung dengan nenek Delisha. Bisnes batik. Parents Faiq pulak uruskan kilang proses dan membentuk emas.
Nenek Delisha kalau boleh nak jodohkan dengan Ustaz yang mengajar neneknya ilmu agama. Tapi Delisha ni degil masih juga memilih Faiq. Suatu hari Faiq nyatakan hasrat nak kawin dengan Delisha. Nak tak nak nenek Delisha kena setuju dari dorang terus enjoy tak tentu hala. Lepas kawin masing-masing disuruh bekerja dengan family masing-masing. Tapi tak sampai beberapa hari dua-dua memberontak. Nenek Delisha mengamuk kerana dorang dah mengeluarkan belanja sehingga berjuta ringgit untuk meraikan wedding dorang. Wedding of the year kot! Sampai simpanan nenek Delisha makin berkurang. Syarikat family Faiq dan Delisha dilanda masalah. Tapi dua-dua tak amik kisah. Lari pergi bercuti. Senyap tanpa khabar berita. Setiap belanja menggunakan kad kredit langsung tak pikir soal hutang yang ada. Selepas sebulan dorang menghilangkan diri, dorang kembali ke pangkuan family.
Terkejut rumah banglo yg mereka duduki beralih tuan. Begitu juga Faiq. Syarikat juga berpindah milik. Bukan lagi milik family Faiq dan Delisha. Buntu. Menyesal. Maka bermulalah episod mereka hidup merempat. Tidor bersama gelandangan yang pernah mereka hina semasa mereka berduit. Berkenalan dengan Abang Ali merubah perangai Delisha. Dari seorang yang berlagak sombong, berubah kepada seorang yang benar-benar tulus hati nya. Susah macam mana pun mereka, tetap setia antara satu sama lain. Semua kerja dorang buat dari kutip kotak, cuci toilet. Sehingga satu hari berjumpa dengan seorang pak imam, dan pak imam ni lah yang bantu dorang dari tidor beratapkan langit. Kini mereka berjaya menyewa sebuah rumah. 
Faiq bekerja sebagai guard. Delisha cashier di sebuah pasar raya. Lama-kelamaan hidup mereka berubah sedikit demi sedikit. Faiq menjadi seorang sekuriti seorang datin yang punya bisnes pakaian di seluruh Malaysia. Faiq telah memberikan idea yang bernas kepada datin bagaimana untuk tingkatkan pasaran dan kukuhkan lagi bisnes. Datin tertarik dan menawarkan jawatan kepada Faiq. Delisha juga diterima bekerja di situ sebagai seorang designer sehingga dia menjadi seorang yang terkenal. Sungguh tak disangka rupa-rupanya di sebalik kejayaan mereka, nenek Delisha yang punya rancangan. Nenek berbangga dengan cucu-cucunya terbukti mereka boleh berjaya.
Akhirnya, family mereka bersatu kembali. 
" Abang tak mahu janjikan sayangbulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan...." - FAIQ -
" Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya...Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orang nya..." - Delisha -
