Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan!
Penulis : Syamnuriezmil (941 ms - 118 Bab)
Rate : 10/10
Hero : Malique Gregory Kamal Bin Grey Muslim (Mr. Grey) . 
Heroin : Nisa Ardina Bt Nizar (Nisa)
Sebab panggil Mr.Grey of course la singkatan nama. Nama glamour kot + memang suka dengan pakaian yang berwarna kelabu. 
Nisa anak orang biasa yang tak punya apa-apa. Datang ke KL sebab nak sambung study + carik keje. Then dapat keje dengan sebuah company telecommunication, big company. Famous company. Masa ni lah bermula kisah Nisa & Mr.Grey. Mr.Grey serious sangat. Tak sombong. Berbeza dengan adik tiri dia Mr.Red, sombong dan berlagak budget kaya raya. Mr.Grey study perubatan tetapi dipaksa oleh Tok Grey. Nisa ni kira boleh kata macam penyelamat syarikat la. Sikit-sikit rahsia dalam syarikat terbongkar. Suka menyiasat tanpa berfikir sama ada benda tu risiko ataupun tak membuatkan Mr.Red berdendam. Macam-macam Mr.Red plan semua tak menjadi. 
Mr.Red adalah anak tak sah taraf kepada arwah anak Tok Grey. Anak Tok Grey pernah rogol setiausaha sendiri. Mr.Red ni sedaya upaya nak rebut title CEO dari Mr.Grey walapun dia tahu dia memang tak layak nak dapat title tu. Dia bukan waris yang sah pun. 
Mr.Grey dapat jadi CEO. Mr.Red bengang. Mulalah macam-macam konflik. Mr.Red plan macam nak jatuhkan Mr.Grey. Sampai satu hari Mr.Grey kene tangkap khalwat dengan Nisa. Nisa memang penakut dengan kegelapan. Rumah gelap then mintak tolong Mr.Grey pasang lampu. Time tu lah datang orang-orangt pejabat agama tapi selamat sebab housemate Nisa ada dalam rumah. Masa ni lah, terbongkar cerita Mr.Grey nak kawin dengan Nisa. Tok n Mummy Grey tak restu. Mr.Grey letak jawatan CEO then berhijrah ke Kedah dan bukak klinik kat Kedah. Mr.Grey kawin tanpa restu Tok dan Mummy Grey. Hura-hara jadi nya. Company jadi kacau bilau bila Mr.Red jadi CEO. Orang-orang lama yang berpengalaman ada yang kene buang, ada yang kene turun pangkat. Syarikat hampir-hampir nak bankrap.
Time tu lah, Mummy Grey datang pujuk Mr.Grey. Mummy Grey pura-pura berbaiuk dengan Nisa. Konon-konon restu lah. Sekali bila Mr.Grey balik KL terus tak balik-balik ke Kedah. Nasib Nisa ni ramai yang backup. Mr.Grey bijak. Dalam diam die plan macam-macam sehingga akhirnya dia dapat jugak selamatkan syarikat dari bankrap. Time tu terbongkar lah rahsia Mr.Red dan Tok Grey gelapkan duit syarikat. Pecah amanah. Biasalah bila mata hati digelapkan dengan kekayaan. Sanggup buat apa saja.
Nisa bahagia dengan Mr.Grey walaupun macam-macam dugaan dorang tempuh.
P/s : Nak tahu complete story, apa lagi..pi la kedai buku. Confirm puas hati. Kelakar jugak cite ni. Ayat dia bukan ayat skema ok! 
