08/10/2017

Anak Ayam Kehilangan Ibu

" When my boss asked me, who is the stupid one, me or him ? "
" I told him everyone knows he doesn't hire stupid people. "

Ada ke orang yg tak berangan nak jadi bos, ketua, @ pemimpin . Mesti ada kan! Tapi untuk berlaku adil tu memang payah . Tak semua bos berlaku adil . Kadang-kadang dia rasa dia dah adil tapi sebenarnya tak. Pernah tak tengok satu video kat Facebook . Video tu tak de subtitle tau, tapi dari cara die create video nak suruh kita tengok dan faham apa jalan cerita dan pengajaran yang nak disampaikan .  Aku sendiri tak ingat video tu dari mana, kalau tak silap versi Jepun kot . hihihi .  Lupa pulak!

Firstly, dalam tu die nak cerita, bila bos bagi arahan, semua staff kene patuh dengan arahan tersebut . Kena ikut! Baru lah kita dapat title staff yang berdedikasi, komited dan amanah . Ye, memang lumrah nya staff kene ikut bos tapi tak bermakna bila bos buat sesuatu yang melanggar etika kerja, staff kene follow kan..? No and never .  Apa guna nya kuasa teguran dan nasihat . Kalau bos terjun lombong, tak bermakna anak buah pun kene terjun juga . Jangan jadik giler ok! Cukup lah bos hang sorang ja yang bodoh! ;)

Bila bos buat silap, anak buah kene tanggung . Sangat-sangat tak patut . Apa guna bekerja dalam satu team tapi tak boleh bagi kerjasama kan? Bila bos ada masalah , discuss and solve it .

Ni aku nak cerita la pasal sorang kawan aku, konon nak cari income lebih . Sambil keje buat bisnes online . Join dropship . Bukan aku nak kata semua ketua dropship tu tak baguih . Cuma nye nak bagi tau sikit la . Ketua jangan ingat anak-anak buah awak ni start-start bisnes dah famous . Hari ni iklan dalam sosial media, sat lagi berduyun-duyun suruh pm mintak harga, tanya stok . Sepatutnya bila awak buat group dropship , awak bukan setakat jual barang je . Dalam masa yang sama, awak kena share ilmu macam mana nak upkan sales .  Macam mana nak buat marketing . Bukan bila ada anak buah yang tak report sales bulanan, awak remove dia dari group . Sepatutnya awak sebagai ketua, amik tahu apa masalah anak buah . Awak kata awak tak nak dengar anak buah awak bagi alasan busy dengan macam-macam hal . So, jangan kata awak busy sampai awak takdak masa nak amik tahu masalah anak buah awak . Bila duduk dalam satu team, sepatutnya kene ada give and take . Bukan terus menerus 100% salahkan anak buah sebab main-main . Not serious . Banyak alasan . Jadi ketua ni besar tanggungjawab nya . Kadang-kadang ketua kena muhasabah diri . Pikir jugak, bagaimana jika awak berada di tempat anak buah awak . Mungkin ada sesetengah tu bermula dari bawah, so rasanya spesies ni akan paham anak buah macam mana . Masalah berlaku bila ketua memang start terus ada  bisnes  family ke, tak pun family bagi modal . Spesies ni mungkin tak tahu bagaimana susahnya bermula dari zero . Aku tak kata semua gitu . Tapi segelintir ada yang berperangai begitu . Change your mind , jangan lokek untuk share apa sahaja ilmu yang ada . Tak rugi pun .

Be a Leader, Not a Boss !



So, apa-apa pun . Bila kita nak orang respect kita, maka kita jugak harus respect orang . Bantu membantu,  saling tegur menegur . Kongsi apa yang patut . Nak jadik bos yang awesomes tak boleh memilih , Tak boleh berat sebelah! Layanlah anak buah macam kawan-kawan tapi anak buah jangan sampai pijak kepala pulak . Boleh menjadi pendengar yang baik , tak kedekut , kelakar kena pada masa lah . Jangan strict sangat nanti ramai pulak yang menyampah . 

Last sebelum aku stop mebebel,
Jaga lah hubungan dengan Allah . Apa-apa pun rezeki itu datang nya dari dia . Betulkan niat kerana Allah . Ingat, setiap orang dah ditentukan dengan rezeki masing-masing . 

" People do not leave bad companies, but they leave bad bosses "


Semoga bermanfaat!