31/01/2018

KARYA SENI : PELANGI UNTUK ARA


Di sebalik petir dan kilat, pasti ada pelangi yang menanti...



Penulis : Azura Rasiddin (718 ms - 58 bab)
Rate : 8/10

Hero : Eiyad
Heroin : Ara

Kisah seorang Ara, yang pada mulanya hanya tahu memberontak kerana kurangnya perhatian ibu bapa. Papa Ara entah ke mana hilang nya. Mama Ara hanya sibuk dengan urusan kerja sehingga Ara rasa di sisih oleh keluarga sendiri. 

Kepulangan Eiyad, abang angkat Ara. Anak angkat kepada mama Ara. Di asuh dari kecil kerana ibu bapa Eiyad telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Ara dengan masalahnya. Begitu juga Eiyad dengan kisah silamnya dan sering meyalahkan dirinya di atas kejadian yang menimpa ke atas dirinya. Hubungan Ara dengan Eiyad tak pernah aman. Seperti anjing dengan kucing. Seringkali bertekak, bermasam muka. Adakalanya dilihat kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Adakalanya kelihatan seperti musuh. Ada saja yang tak kene di mata Eiyad.

Eiyad yang sngat over protective. Digelar "control freak" oleh Ara kerana segala perbuatannya dicontrol. Segala perlakuannya diperhati kan. Lama-kelamaan Ara mula merasakan perasaan yang lain tentang Eiyad. Dia mula rasa suka dan sayang pada Eiyad. Tapi keadaan dan perhubungan adik beradik yang terjalin menghalangnya dari terus menyimpan perasaan cinta terhadap Eiyad. Ara mula menjauhkan diri dari Eiyad, sementelah Eiyad mengenalkan tunangannya kepada Ara. Ara sangat-sangat kecewa. Sehingga tiba majlis perkahwinan Eiyad, Ara membawa diri ke Jepun. Keberadaan Ara di Jepun, macam-macam yang berlaku kepada Eiyad. Peristiwa yang membuatkan Eiyad patah hati dan kecewa. 

Ara pulang ke pangkuan mama dan Eiyad. Cuba mengubat lara hati Eiyad. Adakah cinta Ara kepada Eiyad berputik kembali? Apakah kesudahannya? Siapakah Ara di hati Eiyad?


25/01/2018

JANGAN SAMPAI LUPA DIRI

💗 ASSALAMUALAIKUM 💗




Paham dak apa maksud 👉BERDIKARI👈

Berdiri di atas kaki sendiri. Ikut pengalaman sebelum-sebelum ni la...Dulu masa zaman sebelum kawin..means zaman study..semua sendiri. Maklumlah mak ayah jauh. Nak makan pun sendiri. Memang la kawan-kawan ramai. Tapi idak la 24jam nak bergantung harap dengan dorang semua kan. So, adat la bila dah besar, boleh pikir, boleh nilai mana buruk mana baik...Dan adat bila merantau ke negeri orang, harus la pandai bawak diri. Tau nak urus diri dan tau nak jaga diri.

Nak dijadikan cerita,

Aku bukan la hidup dalam keadaan yang bebas sana ke mari. Hujung minggu merayau ukur tanah dengan kawan. Tak! Zaman kanak-kanak biasa lah. Lalui pengalaman macam kanak-kanak yang lain. Normal. Walaupun aku hidup dikawal oleh mak ayah, tapi yang best nya seawal umur 6 tahun aku diberikan kebebasan tapi dalam pengawasan. Zaman tadika dah pergi rombongan, jangan tak tau ada jugak jenis mak bapak yang tak percaya. Umur sebegitu tak layak pi jauh-jauh. Risau tu tetap ada kan. Tapi bagi peluang untuk mereka berdikari. Bila meningkat usia remaja, zaman tu zaman orang kata tengah nak naik. Yup, aku dan adik beradik yang lain betul-betul dikawal. Sampaikan nak naik bas pun tak pandai. Kelakar kan! Nak kemana-mana pun ayah yang hantar dan jemput. Kononnya bila naik tingkatan 4, masuk asrama bebas. Rupanya keadaan sama. Tiap-tiap minggu kelas tuisyen hantar dan berjemput. Memang tak merasa la nak melencong ke apa ke. Memberontak, merungut tu biasa. Tapi redha. Think positif.

Zaman diploma, masa tu dekat Melaka. 3 years! Masa ni lah diuji untuk berdikari. Buktikan diri ini mampu sendiri urus diri. Member memang ramai. Apa pun semua dengan kawan-kawan. Pi kelas, pi makan, pi beli barang. Semua dengan kawan. Masih berteman ke mana-mana pun. Berdikari itu diuji bila first time balik cuti ujung minggu @ cuti semester. Masa tu lah diri diuji mampu ke nak buat sorang-sorang. Mampu ke travel sorang? Tak silap aku dari Melaka ke Perak amik masa 5-6 jam. Tengah malam pulak tu. Alhamdulillah.

Continue pulak study dekat Shah Alam, masa ni lagi banyak menyendiri. Bukan menyendiri tu maksudnya tak nak berkawan, tak campur dengan orang. Tapi banyak urus sendiri. Cuma adalah beberapa sem dengan housemate senior. Kawan sebilik yang sangat-sangat baik. Tapi ditakdirkan dia excident dan terpaksa tangguh semester. Masa ni memang banyak sendiri. Pi makn sorang-sorang. Ujung minggu bila tak balik kampung, ofkos keluar sorang hilangkan bosan. Segala-galanya bergerak sendiri. Agak kekok bila pi shopping complex sorang-sorang beli barang. Rasa orang pandang macam pelik. Biasa lah. Lama-lama dah terbiasa. Seronok bergerak sendiri sebab tak perlu susahkan orang lain. Ikut suka nak pi mana.

Sehingga la sekarang ni, dah berkawin pun. Ke mana-mana sendiri. Seronok. Bila bosan keluar. Bayangkan aku boleh habiskan masa aku dengan kedai buku berjam-jam. Ada terbaca status someone dekat fesbuk, dia kata jangan biarkan isteri urus diri sendiri, terlampau berdikari sehingga merasa diri tak perlukan sesiapa. Bagi aku simple je, buat apa nak pening-pening selagi mampu buat sendiri teruskan je lah. Tapi perlu ada limit. Jaga batasan dan jangan sampai lupa diri!