It's my first time! Datang sini kerana agenda 2 dalam 1. 
Makan + Majlis Merisik kawan husband. Sebab mereka ni dah berkawan lama dan ibarat dah macam adik beradik. So, kami diajak join sekali. Even, tak pandai pun bab2 nak merisik ni tapi gatai nak ikut. hehehehe
Punya la semangat, gerak awal dari rumah. Seawal 7pagi dah gerak. Lebih kurang ngam-ngam time lunch kami sampai. hmmm..elok sangatlah tu . Perut pun dah berkeriuk bunyi mintak diisi. 
Welcome to Castella Cafe! Area Gerik. Tak tau boleh google maps aje.
Tadaaaa! Nampak tak. Special kan. Konsep makan atas air. Nak berkelah sangat kan. Hambik! Berkelah sangat kan. Meja kerusi mmg atas air ye. Binaan dibuat dengan buluh dan dibentuk menjadi seperti rakit. Idea yang sangat-sangat kreatif. Meh usha pulak apa yang kami makan.
Orait! Ni nama dia Set Hidangan Golongan Bangsawan. Nasi dibalut dengan sejenis daun, yang dalam buluh tu ulam-ulaman & masak lemak ikan air tawar. Sapa yang makan ikan air tawar tu memang rata-rata pun cakap sedap sangat! AAA lah. Tapi untuk aku yang tak makan ikan air tawar ni, hmm nganga + melopong sekejap. Selamat i'olls bawak bekal ayam KFC. Hahahaha..Lepas tu ada ikan air tawar bakar. Yang best nye sambal belacan + sambal santan kelapa dia. Huh! sedap sehingga menjilat jari. Satu jag air oren untuk setiap satu set. Memang puas hati boleh makan dalam 5-6 orang.
Datang dengan budak-budak. Memang orang2 dewasa je lah yang makan. Budak-budak duk sibuk mandi sungai. Memang best! Boleh datang lagi.
Kat sini, ada jugak set hidangan lain sebenarnya. Set ayam bakar, daging bakar. Cuma kat sini, if rasa nak cuba. Tak boleh datang on the spot,aci terjah je. Korang kene booking dulu seminggu dua, ada yang sampai sebulan sebelum. Sebabnya, makanan terhad untuk yang booking sahaja.
If korang datang tanpa booking, memang akan datang putih mata sambil terliur.
Hai! Sedap benor cik abang teman makan ye! Feveret le tu!
Hmm..bagi korang-korang yang nak try datang makan sini, boleh cek kat Fesbuk. Klik je link Castella Cafe.
Selamat menjamu selera ok!





