29/09/2013

The Wedding Reception | Doakan Kebahagiaan Kami

Part 2


Last but not least, 16.05.2013 reception sebelah lelaki.
Majlis start dalam pukul 11.30 pagi gitu.
Masa ni aku bersiap dekat rumah wedding planner kami.
So, kami gerak dl sebab nak buat preparation semua.
And dalam pukul 12 tengah hari kami berkumpul kat rumah wedding planner..
Semua sanak saudara ada. Meriah. Excited + Nervous.

Rombongan kami tiba pada pukul 12.30 tengah hari.
Tetamu dah ramai dah time tu..





Photoshoot session....







Outdoor Photoshoot Session
Place : Marina Island, Lumut
Theme : Lautan Cinta






Nampak sangat muka kepenatan. Majlis selesai. Time ni rasa nya kalau ada tilam, bantal, baring je confirm lena. Tapi sat lagi sampai rumah masa nak bukak hadiah pulak..aduhhh! 
Tak pelah. Sekali seumur hidup je kan... :)


Alhamdulillah. Syukur. Everything gone smooth. A big thanks to my parents, parents in law, aunties and uncles for being a part of me. Gave me support and helping us for the reception. Thank you so much to our wedding planner and MUA - Lawa Bridal - for the awesome services. Thank you for our catering for the delicious food. Also thanks to our photographer and videographer -Tanjak Pictura - for the nice pics and video. So, those yang attend my wedding thank you ye! Sorry tak dapat nak bagi special layanan. Terlebih or terkurang harap dimaafkan. 

Lastly, pray for us being happiness till Jannah.
(huh! teks ucapan mcm dapat awards pulak!//:)

Lots of Love,
Azira Yusof

28/09/2013

The Wedding Reception | Hari Bahagia

Part 1

It's 2.30 p.m.
Take a deep breath, and I walked down the stairs.
Shocked! Too many guests. Everyone looking at me.

I wore an emerald green dress. I was already nervous.
and that's it..Rombongan pengantin lelaki dah sampai.


See! my husband look handsome in emerald green baju melayu moden. 

We look each other and smile. Salam and we holding hands. In Islam, salam itu adalah salah satu cara kita hormat pada suami kita.

Dalam hati, bila nak makan weh! Lapar kot. Dari pagi tak makan. Sebab sebelah pagi sibuk dengan akad nikah. ni Sebelah petang makan beradab pulak.



It's a makan time! Huh! sememangnya aku dah terasa lapar. Tapi tak tau kenapa makan sikit je. Bukan sebab lauk tak sedap, mungkin sebab happy sangat agaknya. Sedih pun ye jugak. Mengenangkan esok saya akan berada di rumah yang baru tanpa mak & ayah.

Photoshoot Session....

The Dayang Girls

My Backbone


Outdoor Photoshoot Session
Place : Botanics Residence Park
Theme : The Construction





Alhamdulillah. It was a beautiful day. Everything went well and smooth! Felt tired but happy.
Oh..Like a dream. I'm Puan Azira.

ooooooo! no..

Dah petang nak maghrib dah. Pulang sbb esok majlis sebelah lelaki pulak!

Lots of love,
Azira Yusof

24/09/2013

Resepsi Cinta | The Akad Nikah Day

Preparation day...

Beberapa hari sebelum akad nikah, macam-macam preparation yang dibuat. Berinai. Hias-hias mana yang patut. Bahagi masa mana lagi time tu sibuk dengan report utk industrial training. Aku tak buat pun reception untuk malam berinai. Aku start cuti keje pun hari Jumaat. Hari khamis malam aku berinai. Semua mak-mak sedara yang tolong pakaikan.

So, esok hari nya, ade jugak jiran sebelah rumah datang menolong. Aku macam biasa, memang dari kecik suka sangat menghias. So, get ready untuk mini pelamin untuk akad nikah. Untuk photo shoot pulak wedding planner yang manage. Tema memang ikut sebijik macam apa yg di idamkan dari zaman kanak-kanak..Dah berangan. Dekorasi pelamin bertemakan tulip garden ala-ala fairy tale.

Bab-bab isi barang dalam goodies serahkan dekat jiran & family. Biasalah dorang kata, pengantin tak boleh buat keje berat-berat..huh! aku pedulikan. Buat jugak lah penjat-memanjat nya. Ketuk-mengetuk. Pada sebelah malam barulah wedding planner datang untuk pasang pelamin dan decorate bilik tidur.



Colour Theme : Hijau + Kuning 
Garden + Tulip Flower

The Akad Nikah Day...

Tiba hari nya, 15 Jun 2013. Jam 9 pagi. 
Ketibaan rombongan sebelah lelaki. Cuba teka mana en.husband? :)
Time ni dup dap dup dap. Tangan sejuk je.



Muka bakal en.husband nampak gugup + excited. Kecut weh! Sat lagi nak jabat tangan pak mertua..


Nampak tenang . Me is cucu 1st yang berkahwin . Kiri kanan tu sepupu .

Maka, bermulalah sesi akad nikah. Aku dinikahkan oleh ayah bersaksikan dua sahabat baiknya. Sesi membaca taklik oleh si suami dan isteri. Dan it's time to akad nikah...

Bismillahirrahmanirrahim....


" Azmyrul Hisyham B Wahab, aku nikahkan dikau dengan anak ku Nur Hazirah Bt Ahmad Yusof dengan mas kahwin RMxxxx tunai....."

En.husband : " Aku terima nikahnya Nur Hazirah Bt Ahmad Yusof, dengan mas kahwin RMxxxx tunai...

Sah! Sah! Sah!
Alhamdulillah. Terasa sebak di dada...




Bagaikan satu mimpi . Sah! Aku dah jadi isteri orang. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan sebagai seorang isteri dan student. Sebak. Sebab lepas ni tak boleh tengok muka mak ayah tiap-tiap hari. Tak dapat rasa mak masak breakfast tiap-tiap pagi. Aduhh! Sedih.

Selesai aje husband solat sunat, upacara membatalkan air sembahyang la pulak.





Husband's Family

My Family

Terima kasih pada yang terlibat untuk menjanyakan majlis akad nikah saya! Hantaran? Opkos rahsia. Tak perlu lah nak bgtau kan. Nanti orang kata show off pulak. Diam-diam sudah.

Selesai sudah part 1, so, semua tetamu boleh makan. Mesti semua tengah lapor. Termasuk la aku. Bila jadi pengantin ni memang tak sempat nak makan. Sebab kejap lagi. reception untuk bersanding pulak. So, family sebelah husband lepas makan terus je balik nak bersiap-siap untuk 2nd reception pulak. Nasib la rumah dekat. 


Wait for the next part ya!

Lots of loves,
Azira Yusof