Assalamualaikum...
Salam to all bloggers !! Have a Nice Days... (。◕‿◕。)
Agak lame aku menyepi dari meng'update blog ni...arini terase seperti mahu berkongsi sesuatu dgn kamu semua..bagai mane ye aku mahu memulakannye?? haih..
** tarik nafas dlm-dlm..hembus dan senyum.. (。◕‿◕。)
Alhamdulillah..arini ini..petang ini..aku masih lagi bernafas utk menjalani sisa-sisa hidup yang masih lagi berbaki...Alhamdulillah juga ibu ku masih lagi berada di sampingku...syukur sgt2...
** Ibu Kunci Syurga **
tu la tajuk yg ingin aku kongsikan bersama kamu semua..pernah kamu semua dengar syurga itu
dibawah tapak kaki ibu...Subhanallah...ibu yang telah mengandungkan aku selama 9 bulan...
ibu juga yg telah melahirkan aku...menysukan aku...menjaga aku sehingga aku dewasa...
xpernah sekali pun aku dgr die merungut...xpernah sekali pun aku mendengar die berkata
SUSAH..
" ibu kite hebatkan...!! "
Begitu besar nye pengorbanan yg kau berikan...satu penghargaan utkmu ibu..serikandi hati
yang tulen...tiap ape yg ibu lakukan..xpernah pun kau mintak balasan..
tapi aku..jika melakukan sesuatu,,pasti mahukan balasan...pasti meminta hadiah...
IBU adalah wanita yang di muliakan oleh ALLAH sebagaimana yang telah tercatat
di dalam kitab suci Al-Quran..Berdasarkan sebuah hadis, "syurga di bawah telapak kaki ibu"..
Amat besar dosanya jika kita menderhaka terhadap ibu kita sendiri...Bahkan aku pernah terdengar
darjat seorang ibu itu 3 kali ganda jika dibandingkan dengan seorang ayah..
Abu Hurairah R.A pernah berkata :
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya :
" Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya "
Baginda menjawab : " Ibumu "
Dia bertanya lagi : " Kemudian siapa "
Baginda menjawab : " Ibumu "
Dia bertanya lagi : " Kemudian siapa "
Baginda menjawab : " Ibu kamu "
Dia bertanya lagi : " Kemudian siapa lagi "
dan baginda menjawab : " Ayah kamu "
Seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w telah datang menemui nya :
Lalu Rasulullah bertanya : " Adakah kamu masih mempunyai ibu "
Sahabat menjawab : Ya Rasulullah...
Lalu Rasulullah bersabda :
" Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga di bawah telapak kaki ibu "
Oleh itu..kenang lah jasa ibu kamu...Redha ibu maka redha lah Allah...
Jangan lah kite membuat ibu kita menangis kerana kejahatan kita...tp biarlah dia menangis
kerana kejayaan kita...buatlah dia gembira..tersenyum sentiasa..
Jangan sesekali kita melawan setiap percakapan yg keluar dari mulutnya...
kerana setiap perkataan yg keluar dari mulutnye adalah merupakan satu DOA....
Berdoalah selalu untuk dia...berbaktilah untuk dia...
Jagalah dia bila dia sudah tu,,,jangan lah kita hantar ibu kita
ke rumah orang-orang tua...
Jika ibu mampu menjaga 10 anak kenapa tidak kita...
Jika dia telah tiada...sedekah kan la doa buat dia...
Berdoa lah tanpa jemu....
" Ya Allah ya Tuhanku...jika gelap kuburnya...kau terangkan lah..
jika sempit kuburnya...kau luaskan lah Ya Allah...
Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya...kau tempatkan lah dia
bersama org-org yg solehah... Amin.... "
Peluk dan cium lah dia...Sayangi lah dia...
Jangan sesekali kita melupakan jasa-jasanya.....
Besar mane pun jawatan kita,,hebat macam mane pun kehidupan kita..
Jangan sesekali kita lupakan mereka.....
" Sayang Ibu Kunci Kita ke Syurga...Subhanallah "
Lyrics by Hijjaz : Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
















